Wednesday, February 10, 2010

...::Sebuah Pertemuan::......

Bak kata orang sebuah pertemuan atas nama ISLAM membawa seribu kegembiraan dan pengertian namun mungkin sesetengahnya ada yang membawa kepada seribu kepahitan dan kebinasaan. Hari ini baru diriku merasakan keindahan sebuah pertemuan atas nama ISLAM walaupun hanya bertemu secara virtual” namun ia mampu memberi kesan kepadaku. Pertemuan ini berlaku apabila seorang sahabat memintaku untuk berkenalan dengan sahabatnya yang dikatakan sedang mencari kembali “diri” yang sudah lama menghilang, aku menerima kerana memikirkan mungkin aku dapat membantu walaupun sedikit. Mana tahu dengan sokongan yang sedikit ini dapat memberi kesan yang besar dalam proses sahabat baruku itu untuk menemui kembali “diri” yang sudah lama hilang dimamah usianya. Namun apa yang dapati selepas sahabat baruku tu menelefon aku setelah berbalas “sms” bermula dari maghrib hingga pulang ke bilik selepas menunaikan solat isyak. Aku terkedu apabila mendengar sahabat baruku itu merupakan lulusan dari salah sebuah “pesantren” di Indonesia, sudah mendalami ilmu syariah, usuludin, dan sastera arab yang mana aku baru sahaja mula untuk mendalaminya. Selesai sahaja berbual di telefon bimbitku, ter”monolog” sebentar di dalam hatiku “Mana mungkin aku mampu aku nak menyokongnya apatah lagi membimbing dia”. Aku terasa begitu gelisah selepas tu, entah apa yang menjadi penyebabnya, mungkin disebabkan apa yang aku lakukan selama ini membuatkan aku malu untuk berkawan dengan orang-orang sebegitu. Harap-harap pertemuan ini akan terus menjadi sebuah pertemuan yang indah dan membawa banyak perubahan diriku kearah kebaikan.

11/02/2010

01.55 am

Darul Huffaz 2009/2010

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

2 comments:

izzah said...

aku x faham,,
xplain sket!

maryam adam said...

oke..ko rupenyer..sory2 xmention..oke2 i will delete dat post.ha3.sorry2

Follow by Email