Wednesday, June 22, 2011

...::Adab Bermusafir::...


Hukum Bermusafir
  • WajibBagi berkemampuan untuk haji dan umrah yang wajib
  • Sunat Ziarah 3 masjid utama dan melakukan perkara sunat seperti ziarah saudara mara
  • HarusKe mana sahaja dengan tujuan diharuskan syara
  • MakruhTiada tujuan
  • HaramTempat haram dikunjungi

Adab Bermusafir
  • Memohon petunjuk Allah dan nasihat orang berpengalaman
  • Bekalan secukupnya
  • Melantik ketua
  • Sunat mengucaapkan selamat tinggal
  • Solat sunat musafir dan mula dengan berdoa
  • Kemudahan solat secara jama’ dan qasar
  • Dilarang melakukan kerosakan

Sebab Perlunya Adab Bermusafir
  • Perjalanan mendapat rahmat Allah
  • Ketua dapat menyelesaikan masalah
  • Supaya tiada kerosakan alam

Thursday, April 7, 2011

...::Slmt Ber"exam"::...

Buat rakan2 dan seluruh pelajar ipta dan ipts..
Selamat Ber"exam"...

Friday, April 1, 2011

..::Alhamdulillah::..

Bersyukurlah kerana kita "seorang muslim"...


Thursday, March 17, 2011

..::Hadis Ke-6: HADIS 40::..

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

POKOK PERBINCANGAN HADIS :

1) Perkara Halal Jelas, Perkara Haram Jelas :
Yang telah dinaskan seperti kahwin, makan benda-benda yang baik.
manakala yang haram sprt. minum arak, judi, zina dan riba.

2) Perkara-perkara Syubhat :
berlaku dalam ibadah, muamalat dan lainnya.
yang tidak jelas halal dan haram dan tidak ada nas padanya.

3) Bila berhadapan dengan syubhat :
tinggalkan perkara tersebut untuk elakkan dosa - redha Allah.
syubhat pada pandangan orang tapi tidak pada kita - mesti jelaskan supaya hilang syubhat tersebut -
(kisah nabi dgn. Sofiah - dilihat oleh sahabat).
tinggalkan syubhat - sifat wara - sempurna iman.

4) Peranan Hati :
banyak ayat ditujukan pada hati (hadis - aqal terletak dihati)
hati berpenyakit - jihadnya dengan mengikut manhaj Allah.

Pengajaran hadis:

Seseorang mukmin mestilah cuba mengenali dan mempelajari perkara halal dan haram seterusnya melakukan yang halal dan meninggalkan yang haram demi menjaga kemuliaan agamanya. Perkara yang kesamaran, yang belum jelas halal haramnya adalah perkara syubhat yang mesti dijauhi, demi menjaga maruah diri dan keheningan agama. Sempadan murka dan redha Allah SWT ialah perkara haram. Sesiapa yang melewati garisan dan terjebak melakukan perkara haram, maka dia telah melewati sempadan kemurkaan Allah. Hati adalah raja segala anggota yang mesti dipastikan keelokannya dan kebersihannya justeru kerosakan dan kemusnahannya akan merosakkan dan memusnahkan seluruhan anggota badan yang lain.

Sunday, March 6, 2011

..::Hadis Ke-3 HADIS 40-Rukun Islam::..

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn 'Umar ibn al-Khatthab ( رضي الله عنهما ) beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

lslam itu terbina atas lima perkara: Naik saksi mengaku bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah Utusan Allah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke BAITULLAH dan menunaikan puasa pada bulan Ramadhan.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya dalam Kitab (al-Iman) bab (( باب الإیمان وقول النبي صلى الله عليه وسلم بني الإسلام على خمس)) hadis nombor 8. Al-Imam Muslim dalam bab ( باب بيان أرآان الإسلام ودعائمه العظام) hadis nombor 16.

Pokok Perbincangan Hadis :

Binaan Islam :
Diibaratkan sebagai penyelamat manusia yang mengeluarkannya dari daerah kekufuran dan
melayakkannya masuk syurga serta jauh dari neraka. Struktur binaan yang kemas dan kukuh dengan asas-asas dan cabang-cabangnya.

Ikatan Antara Rukun-Rukun Islam :
Sempurna iman bagi yang menerima sepenuhnya.
Bagi yang menolak semuanya - hukumnya kafir
Sesiapa yang ingkar salah satu - bukan muslim (ijma)
Sesiapa yang menerima tapi malas melakukannya (kecuali syahadah) - fasiq
Sesiapa yang melakukan dan iqrar secara pura-pura munafiq

Matlamat Ibadat :
Syahadah - syarat diterima amalan lain.
Solat - penghubung antara hamba dengan tuhannya - pertama dihisab .
Zakat - suburkan harta/ berkat - sucikan diri.
Haji - tidak harus bagi orang yang berkemampuan untuk itu melewatkan pemergiannya wajib segerakan.
Haji Mabrur merupakan sebaik-baik jihad.
Puasa - syahwat dikengkang/ maksiat terhindar - sebab kepada ketinggian darjah di sisi Allah.

Pengajaran hadis:
Hadis ini juga menerangkan tentang rukun lslam lima perkara. Hadis ini mengumpamakan lslam sebagai sebuah binaan yang tertegak megah dengan lima batang tiang. Tanpa lima perkara ini lslam seseorang akan goyah dan runtuh. lni membayangkan betapa rukun-rukun ini mestilah ditegakkan oleh setiap muslim dengan penuh ikhlas dan tanggungjawab. Menegakkan rukun lslam bermakna kesempurnaan, keteguhan, keutuhan dan keelokan binaan lslam sebaliknya kecuaian bererti keruntuhan, kehancuran dan kemusnahan lslam.

Wednesday, November 17, 2010

..::AGEN PERUBAHAN::...

عن أبي سعيد الخدري قال: سمعت رسول الله یقول )): من رأى منكم منكرا فليغيره بيده، فإن لم یستطع فبلسانه، فإن لم یستطع فبقلبه. وذلك أضعف الإیمان (( رواه مسلم.

Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim.
Daripada Abu Sa'id al-Khudrie r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Barangsiapa di kalangan kamu melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya. Yang sedemikian itu adalah selemah-lemah iman.

Pengajaran hadis:

(1) Menunaikan tanggungjawab dakwah iaitu menyeru kepada perkara ma'aruf dan mencegah kemungkaran adalah suatu kewajipan ke atas seorang mukmin yang tidak harus dipandang enteng, kerana kecelakaan akan menimpa seluruh umat sekiranya kemungkaran dibiarkan terus merebak.

(2) Barangsiapa yang melihat suatu kemungkaran berlaku di depan matanya, dan dia berkuasa mencegahnya sama ada dengan tangannya atau dengan lidahnya maka dia berkewajipan mencegah kemungkaran tersebut. Dia berdosa membiarkan kemungkaran tersebut berlalu tanpa sebarang tindakan atau percubaan mahu mencegahnya, kecuali kalau dia tidak mampu atau kerana dibimbangi akan membawa kemudharatan kepada dirinya apabila dia mencegah mungkar itu.

(3) Mencegah mungkar hanya dengan hati, iaitu dengan membencinya dan berazam mahu mencegahnya pada suatu masa nanti kalau dia mampu adalah tahap iman yang paling lemah.



          Baru-baru ini saya kelihatan dalam bahagian "Top News" saya ada satu video mengenai sepasang pasangan kekasih tanpa segan silu bercumbuan ditengah ibu kota dan adalah sesuatu yang pelik apabila tiada seorang pon yang pergi untuk menghalang padahal berlaku di tepi jalan sahaja. Dipermulaan video itu pon jikalau tidak silap kelihatan sebuah teksi sedang “parking” dan pemandunya ada didalamnya kemungkinan pemandu itu bukan beragama islam jadi tidak tergerak hatunya untuk menghalang perkara itu namun mustahil tiada pejalan kaki yang beragama islam yang melalui kawasan tersebut. Kalau dilihat pada video itu, si perempuan itu takut untuk kehilangan si lelakinya jadi dia sanggup buang maruahnya. Ini mungkin salah satu daripada berpuluh-puluh perlakuan remaja sekarang dan apa tindakan kita apabila terserempak lagi dengan golongan-golongan sebegini?? Apa usaha-usaha yang bakal kita laksanakan??

Thursday, September 16, 2010

..::Baitul Muslim::..

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi saw bersabda :
"Perempuan itu dikahwini kerana 4 perkara,iaitu kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan kerana agamanya,maka pilihlah kerana agamanya kelak engkau akan bahagia"
(Hadis Riwayat Muttafaqun Alaih)
Rasanya ramai diantara kita semua selalu mendengar hadis diatas, tambahan lagi bagi mereka yang selalu menyibuk diri dengan kegiatan dakwah dan pelajar yang mengambil subjek Pendidikan  Syariah  Islamiah semestinya akan mendengarnya. Namun mengapa segelintir daripada kita tidak mahu menuruti hadis ini. Hadis ini menyebut kepada kita sebahagian daripada ciri-ciri yang patut ditititkberatkan ketika mencari bakal pasangan. Dalam hadis ini Rasulullah juga mengatakan bahawa ciri-ciri AGAMA perlu lebih diutamakan.

Sunday, May 2, 2010

..::Gunakan sebaiknya::..

Camera yang dibeli hampir 1 bulan..
-Nikon Coolpix L22

Satu blog yang diwujudkan untuk mengupload gambar2 flora dan fauna kurniaan ALLAH S.W.T....

Wednesday, February 10, 2010

...::Sebuah Pertemuan::......

Bak kata orang sebuah pertemuan atas nama ISLAM membawa seribu kegembiraan dan pengertian namun mungkin sesetengahnya ada yang membawa kepada seribu kepahitan dan kebinasaan. Hari ini baru diriku merasakan keindahan sebuah pertemuan atas nama ISLAM walaupun hanya bertemu secara virtual” namun ia mampu memberi kesan kepadaku. Pertemuan ini berlaku apabila seorang sahabat memintaku untuk berkenalan dengan sahabatnya yang dikatakan sedang mencari kembali “diri” yang sudah lama menghilang, aku menerima kerana memikirkan mungkin aku dapat membantu walaupun sedikit. Mana tahu dengan sokongan yang sedikit ini dapat memberi kesan yang besar dalam proses sahabat baruku itu untuk menemui kembali “diri” yang sudah lama hilang dimamah usianya. Namun apa yang dapati selepas sahabat baruku tu menelefon aku setelah berbalas “sms” bermula dari maghrib hingga pulang ke bilik selepas menunaikan solat isyak. Aku terkedu apabila mendengar sahabat baruku itu merupakan lulusan dari salah sebuah “pesantren” di Indonesia, sudah mendalami ilmu syariah, usuludin, dan sastera arab yang mana aku baru sahaja mula untuk mendalaminya. Selesai sahaja berbual di telefon bimbitku, ter”monolog” sebentar di dalam hatiku “Mana mungkin aku mampu aku nak menyokongnya apatah lagi membimbing dia”. Aku terasa begitu gelisah selepas tu, entah apa yang menjadi penyebabnya, mungkin disebabkan apa yang aku lakukan selama ini membuatkan aku malu untuk berkawan dengan orang-orang sebegitu. Harap-harap pertemuan ini akan terus menjadi sebuah pertemuan yang indah dan membawa banyak perubahan diriku kearah kebaikan.

11/02/2010

01.55 am

Darul Huffaz 2009/2010

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Saturday, November 21, 2009

...::Masa Sering Mematangkan Kita::..

Assalamualaikum..
hampir sebulan diri ni memulakan sesi pembelajaran utk semester ke-2..perkara yg ditakut2kan ketika di semester 1 telah menjadi kenyataan..kini diri terasa begitu keletihan dan ketakutan akibat dr perkara berikut..takut jika apa yg sering diimpikan oleh diri dan keluarga diabaikan..diterima pon ssh..nak ditolak pon ssh apabila org terlalu mengharapkan kita..

Follow by Email